Pernah Dipenjara Kerana Hina Bau Kemaluan Bekas Isteri Seperti Ikan Masin, Galih Ginanjar Mahu Jadi Individu Lebih baik
Sebelum ini, pelakon Indonesia iaitu Salih Ginanjar telah dimasukkan ke penjara atas dakwaan membuat video yang menghina bau kemaluan bekas isterinya iaitu Fairuz A Rafiq seperti ikan masin.
Kini setelah dibebaskan dari penjara, Galih kini bertekad untuk menjadi seorang individu yang lebih baik.
“Memang banyak hikmah yang berlaku atas kejadian itu. Ia membuatkan saya lebih mendalami pengetahuan tentang agama Islam dan Tuhan yang Maha Esa.
“Saya juga cuba untuk bersikap lebih dewasa lagi. Cuba untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap ibu dan anak saya,” jelasnya seperti dipetik dari portal Kompas.com.
> Baca: Pelakon Fail Saman, Bekas Suami Dedah Kemaluannya Bau Ikan Masin
Menurutnya, ketika dia berada di dalam penjara, hanya ibunya sahaja yang setia berjumpa dengannya dan selalu mendoakannya.
“Pasangan boleh meninggalkan kita, tetapi yang paling hebat adalah ibu. Apapun kesalahan yang saya lakukan, ibu tetap mendoakan saya.
“Ketika dipenjara ibu yang paling memahami saya. Dia selalu memberi kata-kata nasihat dan itu yang memberi motivasi kepada saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com
The post Pernah Dipenjara Kerana Hina Bau Kemaluan Bekas Isteri Seperti Ikan Masin, Galih Ginanjar Mahu Jadi Individu Lebih baik appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: