Dapat Reaksi Positif Penonton, Rancangan Glam Ke Teng’Glam Kini Kembali Ke Musim Kedua
Selepas menerima reaksi yang positif dari penonton Awesome TV, Glam Ke Teng’Glam kini kembali dengan musim kedua.
Memaparkan hos-hos yang cukup sensasi, Glam Ke Teng’Glam merupakan sebuah program yang berkisarkan tentang selebriti tempatan dalam berfesyen.
Sudah bersiaran selama 14 minggu bermula 3 Februari lalu, Rozita Che Wan (Che Ta), Michael Ang dan Zizan Razak telah diangkat sebagai pengantara program untuk sama-sama memberi pandangan terhadap fesyen yang dikenakan oleh selebriti pilihan setiap minggu.
Michael Ang berkata dia sebenarya seorang yang sangat suka berfesyen walaupun pernah berbadan besar dahulu.
“Mungkin saya tidak berfesyen melalui pakaian tetapi saya mempunyai pelbagai koleksi kasut dan beg yang sering saya kongsikan di Instagram.
“Sejak saya hilang berat badan, saya mula berani berfesyen dari segi pakaian kerana rasa lebih yakin. Saya juga sering memberi pandangan tentang fesyen dalam drama arahan saya,” jelasnya.
Michael berkata, meskipun komen-komennya dalam program rancangan berkenaan berbunyi sangat pedas dan sinis, tetapi dia tidak takut jika dikecam kerana komen diberikan kepada mereka secara berhadapan.
“Jika mereka tidak bersetuju, mereka ada hak untuk membangkang. Sebenarnya itulah kelebihan Glam Ke Teng ‘Glam,” jelasnya.
Dalam pada itu, Michael mengakui ada perasaan yang kekok sedikit ketika pergambaran Glam Ke Teng’Glam episod pertama, namun kerjasama daripada Zizan dan Che Ta membuatkan semuanya berjalan lancar.
“Zizan dan Che Tasangat profesional apabila bekerja dan krew Awesome TV yang sangat memberi kerjasama membuatkan saya merasa senang sepanjang penggambaran,” ujarnya.
Glam Ke Teng’Glam juga merupakan sebuah rancangan fesyen yang juga menyajikan informasi atau tips berkenaan dengan fesyen kepada penonton.
Saksikan Glam Ke Teng’Glam di Awesome TV di saluran 123, Astro dan 112, MyTV serta siaran tertunda melalui www.awesometv.my. – KopiPlanet.com
The post Dapat Reaksi Positif Penonton, Rancangan Glam Ke Teng’Glam Kini Kembali Ke Musim Kedua appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: