Ads Top

Kehilangan Insan Tercinta, Riezman Khuzaimi Sahkan Ibunya Telah Meninggal Dunia

Pelakon Riezman Khuzaimi telah kehilangan insan tercinta apabila ibunya disahkan telah meninggal dunia pada petang semalam.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi Instagram miliknya.

“Saat itu tiba jua, Allah lebih menyayangi Bonda ku Siti Fauziah Binti Wan Sheikh, jam 6.45 petang sekejap tadi (semalam) menghembuskan nafas terakhir di alam ini dengan kaliamah syahadah di bibirnya..

“Moga amalan arwah Mak dan anak2 yg Soleh menjadi penemannya di alam barzakh sana. Semoga ALLAH Ampun kan lah segala Dosa2 Mak.. serta Tempat kan Mak bersama2 di kalangan orang2 yg Beriman..

“Man Minta Ampun Segalanya.. Dan Tiada Akan Putus Doa dari Anak Mu ini mak.. Semakin Rindu BondaKu.. Man akan Sentiasa Rindu Mak,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon perkenaan menyatakan jenazah ibunya dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa pagi tadi.

“Esok (hari ini) pagi jam 7.30am akan mandi jenazah Bonda di Masjid Bukit Antarabangsa.. doakan untuk arwah Bonda saya .. Al Fatihah…,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Kehilangan Insan Tercinta, Riezman Khuzaimi Sahkan Ibunya Telah Meninggal Dunia appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.