Ads Top

Aplikasi Play Jadi Penyiaran Digital Tele-Virtual Dalam Satu Platform

Tidak dinafikan kemunculan Over-The-Top (OTT) di industri hiburan sekarang ini telah mengubah cara seseorang individu menonton filem dan kandungan digital.

Apatah lagi sejak pandemik Covid-19 bermula pada tahun lalu, rakyat Malaysia lebih banyak berkurung di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), lantas ia mendorong kepada penponton OTT dan FTA.

Ternyata ia telah memudahkan akses bagi penonton untuk menikmati filem dan kandungan digital pada harga yang berpatutan melingkumi segmen pengguna yang lebih luas.

Sesiapa sahaja yang mempunyai telefon bimbit dan akses Internet boleh menstrim filem dan kandungan digital dari mana-mana sahaja termasuk seluruh dunia.

Oleh yang demikian, MBits Digital Sdn Bhd. telah memperkenalkan aplikasi PLAY yang merupakan platform penyiaran digital tele-virtual OTT pertama di dalam industri penyiaran di Malaysia dan ia boleh dimuat turun melalui Apple, Huawei, Google Store dan juga di laman web PLAY.

Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Mbits Digital Sdn. Bhd., Saraleana Nattaya Azmi berkata, perbezaan PLAY dan penyiaran digital yang lain di Malaysia adalah kemudahan akses kepada kandungan-kandungan digital & filem dan pilihan perbelanjaan bagi setiap kandungan tertakluk kepada individu tanpa membebankan bayaran bulanan yang tinggi.

“Pendaftaran kepada PLAY semudah pengisian borang digital di dalam aplikasi tersebut dan seterusnye membuat pilihan tiket dan pelan yang disukai.

“PLAY tiket adalah konsep terbaru yang membolehkan penonton untuk membayar setiap kandungan seolah-olah membeli tiket di panggung wayang. Semua transaksi bayaran adalah dalam aplikasi platform PLAY,” ujarnya.

Menurut Saraleana, PLAY memberi faedah kepada penggunanya untuk menonton pelbagai kandungan seperti Video on Demand, Musik, Konsert Secara Langsung, Saluran pengeluar kandungan Tempatan & Antarabangsa pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui penggunaan pelbagai jenis peranti.

Jelasnya, selain daripada faedah bagi pengguna, PLAY juga memberi faedah kepada pengeluar kandungan untuk menjana pendapatan daripada kandungan individu mereka termasuk melalui siaran langsung di seluruh platform dengan menawarkan kandungan Free-To-View (percuma untuk ditonton) Pay-Per-View (bayar setiap kali menonton) dan Pay-Per-Collection (bayar untuk koleksi yang ditonton).

“Dunia kini tanpa sempadan melalui platform digital. Mengapa kita sebagai rakyat Malaysia harus ketinggalan zaman dan hanya bergantung pada platform digital antarabangsa?

“Sebagai penyiar tempatan, kita harus berkembang dan menyesuaikan diri dengan trend global ke arah pendekatan yang lebih digital. Inilah sebabnya kita memajukan PLAY,” jelasnya.

Menurutnya lagi, PLAY adalah platform untuk mempamerkan dan mengembangkan kandungan Malaysia ke seluruh dunia.

Jelasnya, PLAY disesuaikan dengan keperluan platform digital yang semakin meningkat bagi pengguna dan pengeluar kandungan untuk mempunyai platform alternatif untuk menikmati kandungan dan juga menjana pendapatan pada peringkat global.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Pembangunan Perniagaan, Ian Chin memberitahu PLAY akan memberi pengguna akses percuma selama tiga bulan untuk mengeksplorasi kandungan dan mengalami platform ini.

Ujarnya, selepas tiga bulan, pengguna perlu melanggan dengan hanya bayaran RM5 sebulan untuk mengakses semua kandungan termasuk kandungan premium terpilih, manakala kandungan premium lain tertakluk kepada pilihan pengguna untuk melanggan dan menikmati.

“PLAY bukan sahaja sebuah platform penyiaran malah PLAY adalah platform penyiaran OTT tele-virtual digital yang memberikan pengalaman hiburan tanpa henti dengan harga yang berpatutan,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Aplikasi Play Jadi Penyiaran Digital Tele-Virtual Dalam Satu Platform appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.