Bandingkan Majlis Kahwin Di Perth & Malaysia Ketika Lockdown, Raja Ilya Dikecam Netizen
Pelakon Raja Ilya telah memuat naik dua keping gambar yang membandingkan majlis kahwin di Perth, Australia dan Malaysia ketika berlakunya lockdown.
Biarpun menyatakan ia adalah sekadar gambar hiasan, namun pelakon itu telah mendapat kecaman netizen kerana membuat perbandingan sedemikian.
“Mana ada Malaysia nyer majlis kawin time MCO mcm ni. Malaysia is not ur country ke ..
“Buruk baik MALAYSIA tetap negara kami .. janganlah nak menghina sgt rakyat Malaysia k (sorry my 1st time comment kat ur post),” ujar seorang netizen yang menggunakan nama @sabariahzakariah.
Selain itu, seorang lagi netizen yang menggunakan nama @startlight_blue menganggap pelakon itu seperti lupa daratan.
“Sorry sis… x der majlis kahwin mcm tu time mco ..maybe buat research dulu sis sebelum nk post apa.
“Parent saya pun kahwin campur juga tapi mereka x lupa daratan macam sis!!!,” tegasnya.
Dalam pada itu, pelakon berkenaan menerusi Insta Story miliknya menyatakan dia sekadar gurauan dan gambar-gambar yang dimuat naik itu hanya sekadar gambar hiasan dan bukan yang benar. – KopiPlanet.com
The post Bandingkan Majlis Kahwin Di Perth & Malaysia Ketika Lockdown, Raja Ilya Dikecam Netizen appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: