(Video) Terkandas Di Jalan Kuala Lipis-Raub Sebab Banjir, Lelaki Ini Bakar Ikan Tepi Jalan Makan Ramai-Ramai
Seperti yang kita sedia maklum, beberapa negeri kini sedang dilanda banjir yang teruk sehingga menyebabkan tanah runtuh dan beberapa jalan utama ditutup akibat dinaiki air.
Rata-ratanya pengguna lebuh raya yang ingin pulang ke destinasi masing-masing terpaksa menggunakan jalan kampung sebagai jalan alternatif.
Namun begitu, mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh selain terperangkap di dalam kesesakan yang teruk akibat banyak kenderaan menggunakan jalan yang sama.
Malah, tiada kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk berhenti mengisi minyak atau melapik perut yang lapar setelah seharian meredah hujan.
Begitulah yang terjadi menerusi perkongsian oleh seorang individu di Twitter @imimaysrunnia, apabila ibu bapa mertuanya mengalami situasi yang sama, terperangkap di Jalan Kuala Lipis-Raub selama 24 jam tanpa bekalan makanan.
Mujurlah, iu bapa mertuanya yang kebetulan membawa ikan segar bertindak berkongsi rezeki dengan pengguna lebuh raya lain yang turut terperangkap di kawasan yang sama.
Gotong-royong bakar ikan di tepi lebuh raya untuk alas perut
Mereka bergotong-royong dengan mencari kayu api dan membakar ikan di tepi lebuh raya sebelum menjamah hidangan ikan bakar tersebut beramai-ramai. Memang epik!
Alhamdulillah semuanya selamat. My parents in law stranded dekat Kuala Lipis – Raub 24 hours. Dah la makanan pun takda, nasib baik in law balik dari Kenyir Eco Resort, bawak balik ikan untuk kwn2 . Dpt lah share dengan orang yang sesama stranded. pic.twitter.com/Ftgr1zyb4U
— kakmi ps guangzhou (@imimaysrunnia) January 5, 2021
Muka happy dapat makan ikan
Naik bot beli serbuk kunyit kat kedai
Warganet yang membanjiri ruangan komen memuji sikap rakyat Malaysia yang bersatu walau tidak mengenali antara satu sama lain.
Ianya akan menjadi pengalaman paling bernilai untuk dikenang dan diceritakan kepada generasi akan datang.
Menjadi pengalaman paling bernilai
Tersadai tapi macam dah ‘family gathering’
Kisah klasik untuk masa depan
Sumber: Twitter @imimaysrunnia
The post (Video) Terkandas Di Jalan Kuala Lipis-Raub Sebab Banjir, Lelaki Ini Bakar Ikan Tepi Jalan Makan Ramai-Ramai appeared first on Siakap Keli.
No comments: