(Video) Alunan Merdu, Zizi Kirana Dan Johan Tilawah Antarabangsa Ini Lantunkan Selawat Buat Ramai Terpegun
Nama Farhatul Fairuzah dan Zizi Kirana tidak asing lagi dalam bidang seni suara. Farhatul terkenal sebagai Juara Tilawah Kebangsaan manakala Zizi pula terkenal sebagai salah seorang penyanyi yang berbakat besar.
Baru-baru ini, Farhatul telah berkongsi sebuah video di laman Instagram miliknya yang membuatkan orang ramai kagum dengan kemerduan suara mereka berdua.
Dalam video tersebut, Zizi dan Farhatul telah bersama-sama melantunkan selawat ketika sama-sama menghadiri sebuah acara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Jom dengar lantunan selawat mereka di bawah.
Sebelum ini, Zizi telah mendapat perhatian orang ramai ketika membaca al-Quran dipercayai semasa acara yang sama.
@kir4n4 Pertama kali tampil mengaji di kaca TV , mau tercabut lutut InsyaAllah saya akan terus belajar lagi #RahsiaRamadhan
Video itu membuatkan orang ramai terpesona dan bermuhasabah diri agar tidak menghakimi seseorang daripada luarannya.
Berdosanya kita hakimi orang lain
Sebak dengar orang mengaji dengan baik
Suka dengar Zizi mengaji macam ni
Sumber: Farhatul Fairuzah, Zizi Kirana
The post (Video) Alunan Merdu, Zizi Kirana Dan Johan Tilawah Antarabangsa Ini Lantunkan Selawat Buat Ramai Terpegun appeared first on Siakap Keli.
No comments: