Ads Top

(Video) Tak Sangka, Filem ‘The Walking Dead’ Buat Ujibakat Cari Zombi Buat Ramai Terhibur

Selain filem aksi dan seram, filem zombi antara filem yang menjadi pilihan kaki-kaki wayang kerana penuh dengan adegan yang mendebarkan.

Filem zombi dari barat yang ditayangkan seakan ‘real’ apabila zombi-zombi yang terkena virus aneh dengan muka yang menakutkan ini berjalan umpama mayat hidup dan mengejar mangsanya.

Sekali imbas, mungkin kita melihat sesiapa sahaja secara ‘general’ boleh melakonkan watak zombi yang hanya perlu berjalan terumbang-ambing dalam kumpulan yang ramai.

Namun begitu, ianya tidak seperti yang disangka, kerana untuk memegang watak sebagai seorang zombi di barat tidak mudah kerana anda perlu menghadiri ujibakat di hadapan juri.

Menerusi sebuah video yang tular, rata-rata warganet terhibur apabila melihat aksi para peserta yang sedang menjalani ujian pemilihan sebagai zombi yang berjaya. Memang lucu!

Macam mana juri boleh tahan gelak?

Sebab tu filem barat berkualiti

Baju kotak-kotak aku yakin terpilih

Macam nak bergaduh yang pakai baju navy tu

Tonton video penuh di bawah:

Sumber: IG kini.viral.my, Youtube ENTAffairTV

The post (Video) Tak Sangka, Filem ‘The Walking Dead’ Buat Ujibakat Cari Zombi Buat Ramai Terhibur appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.