Ads Top

“Saya Minta Maaf Masih Tidak Respon Dengan Sesiapa…” – Padam Semua Gambar Free Hair, Mawar Rashid Kini Kembali Bertudung

Baru-baru ini, peminat Mawar Rashid dikejutkan apabila pelakon berkenaan apabila berkongsi gambar dirinya sudah tidak lagi bertudung.

Menerusi perkongsian berkenaan, Mawar turut meminta maaf, malah dia sudah mencuba tetapi gagal untuk terus bertudung setelah tiga tahun berbuat demikian.

Bagaimanapun, menerusi akaun Instagram miliknya, pelakon itu dilihat sudah kembali bertudung dan membuang semua gambar-gambar ‘free hair’ nya.

Namun begitu, menerusi Insta Story pula, Mawar memohon maaf apabila masih belum bersedia membuat sebarang kenyataan buat masa ini.

“Saya minta maaf saya masih belum beri sebarang maklum balas kepada sesiapa. Kepada keluarga tersayang, rakan-rakan dan wartawan saya minta maaf.

“Terima kasih kepada anda semua kerana sentiasa bersama saya. Namun saya sendiri tidak berhubung dengan sesiapa. Saya hanya bercakap dengan terapi saya buat masa sekarang. Atau mungkin selamanya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post “Saya Minta Maaf Masih Tidak Respon Dengan Sesiapa…” – Padam Semua Gambar Free Hair, Mawar Rashid Kini Kembali Bertudung appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.