Ads Top

Yana Samsudin Umum Hamil Anak Ketiga… Beberapa Kali Masuk Hospital Akibat Alami Alahan Teruk

Pelakon dan usahawan popular, Yana Samsudin mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak ketiga dengan usia kandungan mencecah enam bulan.

Yana berkata, dia tidak berniat mahu menyembunyikan kehamilan kali ini, sebaliknya lebih selesa untuk tidak menghebohkan kepada umum.

“Sebelum ni hamil anak yang pertama dan kedua suami yang umumkan… yang ketiga ini pun saya tak umumkan. Cuma tidak boleh juga nak sorok perut ni, kalau siapa yang nampak kemudian saya memang akan mengaku yang saya hamil.

“Memang cara saya daripada anak pertama dan kedua bila usia dah tujuh lapan bulan baru hebohkan pada orang ramai. Saya kan alami PCOS (sindrom ovari polisistik) yang saya tak tahu tarikh subur, malah dah pernah tiga kali keguguran,” ujarnya.

Yana berkata demikikan ketika ditemui pada majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC, pada Jumaat.

Ujar Yana, dia berpendapat untuk tidak perlu mengumumkan kehamilan terlalu awal, namun akan berterus terang jika ada yang bertanya.

Menurutnya, dia juga bakal menimang cahaya mata ketiga sama ada pada akhir bulan Januari atau awal Februari.

Dalam pada itu, Yana mendedahkan untuk kehamilan kali ini dirinya mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali.

“Saya alami alahan yang sangat teruk. Siang malam saya lepak dan rasa susah nak bangun. Baring je selalu, nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga masuk keluar hospital.

“Masuk air dalam badan banyak kali, masukkan vitamin juga. Sampai dah masuk kandungan lima bulan baru okay sikit. Dah la masa lima bulan tu saya diuji juga dengan Influenza A,”  ujarnya.

Dalam pada itu, Yana berkata dia akan melahirkan zuriat ketiganya itu dengan kaedah pembedahan dan tidak digalakkan untuk bersalin cara normal kerana sudah dua kali menjalani kaedah pembedahan (caeser).

Yana mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penerbit Fadzil Zahari pada Februari 2015. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen, 7, dan Aura Aisy Sofea, 3. – KopiPlanet.com

The post Yana Samsudin Umum Hamil Anak Ketiga… Beberapa Kali Masuk Hospital Akibat Alami Alahan Teruk appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.