TERKINI: Rebat Elektrik Kepada Semua Pengguna TNB, Pada Kadar 2 Sen Setiap kWh, Bagi Tempoh 6 Bulan – PM
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassi memaklumkan rebat elektrik kepada semua pengguna TNB bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari hingga 30 Januari 2021.
Menurut ciapan bernama, rebat elektrik tersebut pada kadar 2 sen setiap kWh.
Rebat elektrik kepada semua pengguna TNB, pada kadar 2 sen setiap kWh, bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021 – PM Muhyiddin#PKP #COVID19 pic.twitter.com/OVRQJknJrP
— BERNAMA TV (@BernamaTV) January 18, 2021
Dalam pada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media sebentar tadi mengumumkan bahawa diskaun bil elektrik sebanyak 10% akan diberikan kepada 6 sektor terpilih daripada Januari sehingga Mac 2021 ini.
Antara sektor yang terpilih adalah pengendali hotel, taman tema, pusat konvesyen, pusat beli belah, syarikat penerbangan tempatan dan agensi pelancongan.
Diskaun khas bil elektrik 10% bagi Jan hingga Mac 2021 kepada 6 sektor perniagaan
Ia meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan & agensi pelancongan
— PM Muhyiddin#PKP #COVID19 pic.twitter.com/33wFPITuBm
— BERNAMA TV (@BernamaTV) January 18, 2021
Sumber: Bernama TV
The post TERKINI: Rebat Elektrik Kepada Semua Pengguna TNB, Pada Kadar 2 Sen Setiap kWh, Bagi Tempoh 6 Bulan – PM appeared first on Siakap Keli.
No comments: