KWSP Akan Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 Bagi Permohonan Kemudahan i-Sinar Kategori 2 – PM
Putrajaya, 18 Jan – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan bermula 26 Januari ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini.
Katanya, pendahuluan itu bagi menambahbaik kemudahan i-Sinar terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran akibat PKP dan bencana banjir yang melanda negara pada masa ini.
KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2,terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir – PM @MuhyiddinYassin pic.twitter.com/wSPMA1ZdL7
— BERNAMA (@bernamadotcom) January 18, 2021
“Kerajaan telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2,” katanya.
Ujar beliau, proses akan dipermudahkan di mana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka mempunyai kriteria ditetapkan dan hantar permohonan dalam talian.
KWSP akan membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan kemudahan i-Sinar kategori 2 – PM Muhyiddin#PKP #COVID19 pic.twitter.com/CZiCs1OZ1h
— BERNAMA TV (@BernamaTV) January 18, 2021
Setakat 13 Jan, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan tahun ini. Maklumat lanjut akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat.
Pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Bantuan Khas | 18 Jan 2021
[LANGSUNG] – Pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Bantuan Khas | 18 Jan 2021 #PKP#COVID19Posted by Bernama TV on Sunday, January 17, 2021
Sumber: Bernama
The post KWSP Akan Buat Pembayaran Pendahuluan Sehingga RM1,000 Bagi Permohonan Kemudahan i-Sinar Kategori 2 – PM appeared first on Siakap Keli.
No comments: