Bantuan One-Off RM500 Kepada Pemandu Pelancong, Teksi, Bas Sekolah, Bas Persiaran, Kereta Sewa Dan e-Hailing – PM
Putrajaya, 18 Jan – Kerajaan akan memberi bantuan one-off sebanyak RM500 kepada pemandu pelancong, pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.
Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bayaran itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.
Sementara itu, kerajaan juga memberikan pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kendaraan dimiliki selama 7 tahun.
Bagaimanapun katanya, syarat itu kini dilonggarkan kepada 5 tahun mulai 1 Januari hingga 31 Disember 2021.
Bantuan one-off RM500 kepada 14 ribu pemandu pelancong serta 118 ribu pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing – PM Muhyiddin#PKP #COVID19 pic.twitter.com/eCSxAUdCnN
— BERNAMA TV (@BernamaTV) January 18, 2021
Pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Bantuan Khas | 18 Jan 2021
[LANGSUNG] – Pengumuman Perdana Menteri mengenai Pakej Bantuan Khas | 18 Jan 2021 #PKP#COVID19Posted by Bernama TV on Sunday, January 17, 2021
Sumber: Bernama TV
The post Bantuan One-Off RM500 Kepada Pemandu Pelancong, Teksi, Bas Sekolah, Bas Persiaran, Kereta Sewa Dan e-Hailing – PM appeared first on Siakap Keli.
No comments: