Ads Top

Projek 3.0 CSR ‘Sumbangan Ikhlas-Selalu Di Jiwa’ Bantu Pelakon Mek Habsah

Sebuah projek 3.0 CSR – ‘Nilai Kasih – Selalu Di Jiwa’ kelolaan Izzmad Harun untuk pelakon Mek Habsah Bakar telah dilancarkan oleh kita.fund semalam. Ia merupakan projek untuk menghulurkan sumbangan buat pelakon veteran berkenaan.

Menurut Izzmad, ramai yang tidak menyangka pelakon itu adalah salah seorang pesakit penghidap paru-paru kronik lebih 20 tahun yang memerlukan mesin oksigen yang speksifikasi bersesuaian untuk kegunaan setiap masa.

“Menerusi projek ini, ia dapat mengurangkan bebanan kos perbelanjaan setiap hari serta didalam Pedemik Covid-19 ini.

“Ini adalah fasa ke 3.0 projek berkolaborasi CSR dengan House of Oxygen dan Kita.fund bagi membantu beliau untuk mendapatkan dua set mesin oksigen,” ujarnya.

Menurutnya, mesin berkenaan adalah untuk kegunaan dalam rumah bagi memudahkan pergerakan beliau lebih cergas semasa berada di dalam rumah membuat pergerakan fizikal seperti bersolat dan melakukan senaman ringan.

Sementara itu, Mek Habsah meluahkan rasa bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana masih ada pihak yang sangat prihatin berusaha membantu membantunya mendapatkan gantian dua mesin oksigen berkenaan.

Ujarnya, beliau terpaksa bergantung hampir 20 jam sehari dengan mesin oksigen akibat kegagalan fungsi organ paru-paru yang agak kronik.

“Tidak sangka semasa sambutan hari jadi saya semalam yang ke-65 inilah hadiah hari lahir yg paling bermakna.

“Saya mendapat rezeki tajaan seunit lagi mesin oksigen keluaran House Of Oxygen disumbangkam oleh rakyat Malaysia melalui NGO Kitafund untuk kegunaan di rumah,” jelasnya.

Setiap sumbangan boleh di saluran secara online. Hanya klik link di bawah ini untuk sumbangan secara online yang diuruskan oleh pihak kita.fund di laman web https://ift.tt/3hVbH8Q. – KopiPlanet

The post Projek 3.0 CSR ‘Sumbangan Ikhlas-Selalu Di Jiwa’ Bantu Pelakon Mek Habsah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.