Ads Top

Sehingga Sekarang Mia Sara Masih Diminta Tanggalkan Tudung Apabila Terima Tawaran Berlakon

Sejak mengambil keputusan untuk bertudung pada tahun 2016, pelakon cilik Mia Sara Nasuha masih lagi meneruskan karier lakonannya.

Bagaimanapun, pelakon itu mengakui masih ada lagi tawaran-tawaran lakonan yang diterima memintanya untuk menanggalkan tudung.

“Sejak bertudung memang tawaran lakonan itu agak kurang. Cuma sehingga sekarang masih ada lagi pihak yang mahu saya buka tudung ketika tawarkan saya berlakon.

“Misalnya kejadian yang berlaku beberapa hari lalu, di mana saya ditawarkan memegang satu watak, tetapi mereka minta saya tanggalkan tudung. Mereka seperti tak ada common sense dengan penampilan saya sekarang,” ujarnya.

Mia berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelantikannya sebagai salah seorang duta produk body mist jenama De’Xandra Youth baru-baru ini.

Ujar Mia, dia berasa agak tersinggung dengan tawaran berkenaan dan melihat pihak berkenaan seperti tidak menghormati pendiriannya itu.

Jelasnya, itu sebab dia banyak menolak tawaran berlakon sejak mula-mula bertudung dan tidak menyangka ia masih lagi berlaku sehingga sekarang.

“Sehinggakan ramai yang ingat saya dah berhenti berlakon. Cuma pada tahun lepas saya dah aktif semula.

“Kadang-kadang apabila berhadapan dengan perkara sebegini, ia boleh buatkan saya hilang keyakinan diri,” katanya.

Ujarnya, biarpun berhadapan dengan keadaan sebegitu, ia tidak membuatkannya untuk barhenti berlakon kerana ia adalah kerjaya yang telah dilaluinya sejak dia kecil. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Mia Nasuha

The post Sehingga Sekarang Mia Sara Masih Diminta Tanggalkan Tudung Apabila Terima Tawaran Berlakon appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.