Ads Top

Muat Turun Aplikasi Goodreads Untuk Memantau Pembacaan Anda

Pasti anda mempunyai azam terhadap bacaan anda, bukan? Berapa bilangan buku yang ingin dibaca dalam masa sebulan dan berapa buah buku yang akan dihabiskan dalam masa setahun kerana membaca merupakan amalan yang boleh menambah ilmu pengetahuan.

Namun, kadang-kadang azam ini perlu dijejaki supaya ia tidak mudah tersasar dan akan dicapai dengan baik. Jadi, salah satunya adalah dengan mencari aplikasi yang terbaik untuk merealisasikan azam tersebut.

Goodreads merupakan sebuah aplikasi mudah untuk anda menjejak bacaan yang ditetapkan. Dalam erti kata lain, aplikasi ini membantu anda merealisasikan matlamat untuk membaca buku.

Aplikasi Goodreads ini merupakan salah satu aplikasi yang telah dimuat turun lebih 10 juta pengguna dan rata-ratanya meninggalkan maklum balas yang positif.

Ia bukanlah aplikasi untuk membaca buku tetapi fokusnya adalah untuk menjejak bacaan buku berdasarkan matlamat yang telah ditetapkan.

Ia mempunyai 3 bahagian utama, iaitu Read (yang telah dibaca), Currently Reading (yang sedang dibaca) dan Want to Read (yang ingin dibaca).

Anda boleh memasukkan bacaan yang ingin dibaca dan ia akan memudahkan anda untuk membuat bacaan seterusnya.

Untuk buku yang telah dibaca, anda boleh membuat penilaian dan ia membolehkan pengguna lain melihat penilaian yang dilakukan.

Dengan itu, anda boleh mengikuti (follow) rakan-rakan anda bagi melihat pendapat mereka terhadap penilaian buku yang telah dibaca.

Lebih menariknya, anda boleh mengikuti bahagian cabaran membaca dengan memasukkan jumlah buku yang ingin dicapai.

Dengan itu, anda boleh mengemas kini aplikasi tersebut bagi melihat sejauh mana cabaran membaca itu berjalan.

Jadi, ayuh mula membaca dan menjejaki bacaan anda dengan aplikasi ini. Untuk muat turun, anda boleh tekan pautan yang disediakan;

Untuk pengguna Android: Goodreads
Untuk pengguna iOS: Goodreads

The post Muat Turun Aplikasi Goodreads Untuk Memantau Pembacaan Anda first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.