Ads Top

Natasha Hudson Akui Pernah Dilamar Menjadi Madu

Sudah pernah empat kali mendirikan rumah tangga, pelakon Natasha Hudson Masih tidak menafikan and pernah cuba didekati.

Natasha berkata, apa yang lebih menarik apabila ada juga wanita yang pernah menghubunginya untuk melamar menjadi madu.

“Memang ada yang cuba mendekati, malah ada wanita yang menghantar mesej (DM) kepada saya dan mengajak menjadi madu.

“Apabila saya menerima mesej sebegitu, saya hanya mampu ketawa, apatah lagi mesej itu datang daripada orang yang tidak dikenali,” ujarnya.

Natasha berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk kecantikan Crystal C White yang berlangsung hari ini.

Mengakui pernah serik untuk berkahwin lagi, namun pelakon itu memberitahu pintu hatinya masih belum tertutup untuk mencari pengganti.

“Kalau ditanya kriteria tentang lelaki yang diinginkan, bagi saya apa yang lebih penting orang tersebut dan keluarganya dapat menerima diri saya seadanya.

“Saya tidak mahu kalau hanya dia yang menerima saya, tetapi ada ahli keluarga yang tidak terima diri saya,” jelasnya.

Sebelum ini, Natasha sudah empat kali mendirikan rumah tangga dan memiliki tiga orang cahaya mata. – KopiPlanet.com

The post Natasha Hudson Akui Pernah Dilamar Menjadi Madu appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.