Ads Top

Diva AA Akui Hubungan Dengan Ogy Ahmad Daud Tiada Masalah, Sudah Mula Bertegur Sapa

Selebriti dan pengacara popular, Azwan Ali atau lebih lebih sinonim dengan panggilan Diva AA mengakui kini dia sudah mula bertegur sapa dengan Fauziah Ahmad Daud atau Ogy.

Ujar Diva AA, apa yang boleh diperkatakan sekarang hubungan dia dan Ogy kini sudah tidak ada lagi masalah.

“Harus dijelaskan bahawa saya dan Ogy Ahmad walau pernah terkait dengan kes saman-menyaman, itu adalah kisah lama.

“Lately ni apabila berjumpa kami dah mula bertegur sapa. Hakikatnya, saya dah Ogy tiada masalah. Saya nak penonton dan peminat tahu, jelasnya.

Diva AA berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran drama bersiri Diva Popular hari ini.

Tidak lama dahulu hubungan kedua-dua selebriti berkenaan pernah bermasalah hingga membabitkan kes saman.

Menurutnya, dia dan Ogy juga sama-sama terlibat dalam drama bersiri berkenaan, namun belum bertemu kerana tiada babak bersama buat masa ini.

“Kalau dapat babak dengan Ogy, ia adalah satu rezeki tengok kami berlakon bersama. 

“Tengok Azwan Ali dengan Ogy dalam satu scene bertumbuk ke, tarik rambut ke,” selorohnya. – KopiPlanet.com

The post Diva AA Akui Hubungan Dengan Ogy Ahmad Daud Tiada Masalah, Sudah Mula Bertegur Sapa appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.