“Boleh Jadi Rabun Jauh,” Doktor Ini Ingatkan Ibu Bapa Jangan Biarkan Anak Terlalu Lama Dengan Gajet, Terdedah Pada ‘Blue Light’
Dalam kecanggihan teknologi pada masa kini, setiap orang pastinya mempunyai gajet sendiri termasuk bagi anak-anak kecil.
Mungkin ia dianggap biasa, namun tahukah anda bahawa penggunaan gajet yang terlalu kerap dalam kalangan kanak-kanak boleh menyebabkan kerosakan mata.
Menerusi ciapan yang dimuatnaik oleh Doktor Redza Zainol, beliau berkata bahawa saraf mata anak-anak kecil berisiko untuk rosak kerana terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet.
Ikuti perkongsiannya dengan lebih lanjut di bawah ini.
Tolong jangan leka bab jaga mata anak
Mak ayah tolong jangan leka bab jaga mata anak.
Menurut kajian, saraf mata anak berisiko untuk rosak akibat terdedah pada Blue Light yang terhasil dari skrin gajet jika diguna lebih dari 1 jam sehari.
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 12, 2021
Blue Light boleh tembus ke bahagian saraf mata
Menurut American Academy of Pediatrics,
Tak dibenarkan “Screen Time” untuk bayi bawah 2 tahun kecuali sesi pendek ketika video call dengan keluarga.
Cuma 1 jam “Screen Time” dalam sehari dibenarkan untuk kanak-kanak 2-5 tahun
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 12, 2021
Amalkan senaman mata
Sebab tu kita boleh amalkan senaman mata ni. Uuuuuuuuuuu
1) Rule 20-20-20.
Lepas 20 minit anak tengok gajet, suruh dia pandang tempat yang 20 kaki (6.1 meter) jauh selama 20 saat.
Senang je kan?
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 12, 2021
Saya banyak kongsikan ilmu kesihatan bayi dan kanak-kanak serta ilmu kekeluargaan di Channel Telegram rasmi saya https://t.co/1SKx1HT7B4
— Redza Zainol (@DrRedzaZainol) January 12, 2021
Sumber: Redza Zainol
The post “Boleh Jadi Rabun Jauh,” Doktor Ini Ingatkan Ibu Bapa Jangan Biarkan Anak Terlalu Lama Dengan Gajet, Terdedah Pada ‘Blue Light’ appeared first on Siakap Keli.
No comments: