Ads Top

Kedai Dobi Layan Diri Dibenar Beroperasi Dengan Syarat Pemilik Kedai Kawal Pematuhan SOP – Ismail Sabri

Putrajaya, 14 Jan – Perkhidmatan dobi layan diri dibenarkan beroperasi mengikut syarat-syarat tertentu, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Menurutnya, operasi kedai dobi tertakluk di bawah pemantauan pemilik kedai bagi memastikan pengunjung menjalani saringan kesihatan sebelum memasuki premis.

“Setelah meneliti permohonan rakyat, kita bersetuju untuk membenarkan dobi layan diri dengan syarat.., tuan kedai mesti meletakkan pekerja untuk mengawal dan mengawasi keadaan di dalam kedai tersebut.

Tambahnya, pemilik perlu menyediakan alat menyukat suhu dan cecair pembasmi kuman di pintu masuk dobi untuk saringan kesihatan.

“Kalau dulu tiada penjaga mengawal, sekarang kita nak ada yang mengawal,” katanya.

Pegawai penguatkuasa KPDNHEP akan memantau pelaksanaan syarat tersebut di kedai-kedai dobi bagi memastikan pemilik mematuhi syarat berkenaan, ujarnya.

Waktu operasi kedai dobi yang dibenarkan adalah daripada pukul 6 pagi sehingga 8 malam.

SIARAN LANGSUNG : SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

SIARAN LANGSUNG : SIDANG MEDIA OLEH YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB, MENTERI KANAN PERTAHANAN.

Posted by Majlis Keselamatan Negara on Thursday, January 14, 2021

Sumber: Majlis Keselamatan Negara

The post Kedai Dobi Layan Diri Dibenar Beroperasi Dengan Syarat Pemilik Kedai Kawal Pematuhan SOP – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.