Ads Top

(Video) Kapal Kargo Alami Kerugian, Hampir 2,000 Kontena Dilapor Jatuh Dalam Laut Akibat Dibadai Ribut

Sebuah kapal kargo dilaporkan telah kehilangan sebanyak 1,816 muatan kontena yang dibawanya kerana terjatuh di dalam laut selepas ribut membadai kapal yang sedang dalam perjalanan ke Jepun itu, lapor Daily Mail.

Kapal kontena yang bernama ONE Apus itu tiba di Pelabuhan Kobe, Jepun, pada Selasa selepas menempuhi perjalanan selama lapan hari dari tengah Lautan pasifik.

Pemeriksaan keselamatan secara menyeluruh sedang dijalankan bagi mengetahui kerosakan sepenuhnya.

Ribut tersebut telah melanda di tengah Lautan Pasifik dan telah menyebabkan muatan kontena kapal itu hilang di 1.600 batu nautika (1.841 batu) di barat laut Hawaii.

Sebanyak 64 kontena yang dilaporkan mengandungi barang berbahaya telah hilang, bersama dengan 54 buah kontena berisi bunga api, 8 kontena berisi bateri dan 2 lagi kontena yang berisi cecair ethanol.

Kapal itu dilaporkan dibadai dengan ombak setinggi 52 kaki semasa dalam perjalanan.

ONE Apus adalah kapal kargo yang berukuran sepanjang 1,194 kaki dan boleh memuatkan sebanyak 14,000 kontena dengan berukuran kira-kira 20 kaki setiap satu.

Ianya dikendalikan oleh Ocean Network Express di Far East Pacific 2 Service.

Kehilangan kargo tersebut dipercayai merupakan kehilangan kargo yang berkaitan dengan cuaca buruk terbesar dalam sejarah.

Sumber: Daily Mail

The post (Video) Kapal Kargo Alami Kerugian, Hampir 2,000 Kontena Dilapor Jatuh Dalam Laut Akibat Dibadai Ribut appeared first on Siakap Keli.




No comments:

Powered by Blogger.