Pernah Jadi Kontroversi, Kareena Kapoor Enggan Fikir Nama Anak Kedua
Pelakon popular Kareena Kapoor mengakui bahwa dia enggan memikirkan nama anak kedua setelah kontroversi yang terjadi semasa kelahiran anak pertamanya dahulu iaitu Taimur Ali Khan.
Ketika wawancara bersama What Women Want, Kareena berbincang dengan pelakon Neha Dhupia tentang penamaan bayi. Isteri kepada Saif Ali Khan tersebut mahu memberi nama yang sesuai untuk anaknya.
“Setelah kontroversi membabitkan Taimur, baik Saif dan saya tidak mahu memikirkannya. Kami ingin menamakan nama anak yang bakal lahir ini pada saat-saat akhir dan kemudian memberikan kejutan,” katanya.
Dalam pada itu, Neha telah menyarankan agar Kareena membuat undian untuk mendapatkan keputusan yang tepat.
Bagaimanapun, Kareena enggan melakukan perkara tersebut. Menurut laporan, anak kedua Kareena akan lahir sekitar bulan Mac 2021.
Umum mengetahui, semenjak kelahiran Taimur pada 20 Disember 2016 lalu, Kareena dan Saif diserang netizen.
Mereka mengatakan bahawa pasangan tersebut tidak seharusnya menamakan anak mereka dengan nama Taimur kerana nama berkenaan sama dengan nama penguasa Turki yang pernah menakluk India suatu ketika dahulu. – KopiPlanet.com
“Aku belum memberi tahu siapa pun tentang ini. Aku berpikir sejenak untuk mengubah namanya dalam beberapa minggu. Dan Kareena sedikit menentang, dia berkata ‘Orang-orang menghormati pendapatmu dan kamu tidak bisa’. Jadi aku berkata, ya tapi ini bukan tentang orang. Aku tidak ingin anakku menjadi tidak populer,” kata Saif kala itu.
The post Pernah Jadi Kontroversi, Kareena Kapoor Enggan Fikir Nama Anak Kedua appeared first on KopiPlanet.com.
No comments: