Ads Top

Solat Jumaat & Fardu Dibenarkan Di Semua Masjid Dan Surau Selangor Secara Berperingkat

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini membenarkan semua masjid dan surau dibuka untuk pelaksanaan Solat Fardu 5 waktu dan solat Jumaat.

Kebenaran ini perlu mengikut kapasiti sebenar ruang solat dengan mengambil kira penjarakan saf sebanyak 1.5 meter.

Pengumuman ini membabitkan 130 buah masjid, 21 Surau Kebenaran Jumaat dan 453 surau. Namun, ia tidak termasuk dengan kawasan Mukim Kuala Selangor yang melibatkan 1 buah masjid, 2 buah Surau Kebenaran Jumaat dan 2 surau.

Jemaah juga hendaklah dari kawasan zon hijau dan melibatkan warganegara sahaja.

Berkenaan aktiviti keagamaan seperti kuliah Maghrib, Subuh dan Dhuha serta bacaan Yaasin, ia dibenarkan namun hanya melibatkan penceramah dari kawasan zon hijau.

Arahan ini dikuatkuasakan serta merta selepas dikeluarkan kepada Pejabat Agama Islam Daerah.

Sumber:
Jabatan Agama Islam Selangor

The post Solat Jumaat & Fardu Dibenarkan Di Semua Masjid Dan Surau Selangor Secara Berperingkat first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.