Ads Top

Perkongsian What‘s App Viral, PU Riz & Neelofa Dikatakan Sudah Berkahwin?

Selain nama dua selebriti iaitu PU Riz dan Neelofa menjadi trending di Twitter gara-gara status hubungan mereka menjadi perbualan, terdapat satu lagi perkara yang menjadi viral.

Ketika ini, terdapat satu lagi cerita yang bertebaran apabila kedua-duanya dikatakan sudah pun berkahwin.

Menerusi perbualan What’s App yang viral, pasangan itu telah dinikahkan sendiri oleh bapa kandung Neelofa di Kelantan.

Selain itu, Neelofa juga dikatakan telah menyerahkan wang sebanyak RM100,000 kepada PU Riz.

Sebelum ini, nama mereka menjadi bualan netizen apabila adik-beradik Neelofa serta ibunya tidak lagi mengikuti PU Riz di Instagram.

Sehingga kini, sama ada Neelofa atau PU Riz masing-masing belum lagi membuat sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut. – KopiPlanet.com

The post Perkongsian What‘s App Viral, PU Riz & Neelofa Dikatakan Sudah Berkahwin? appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.