Ads Top

Selepas Mengidam Ubahsuai Rumah, Mawar Rashid Kini Mengidam Pakai Emas

Sebelum ini, pelakon Mawar Rashid yang kini sedang sarat hamil pernah memberitahu bahawa dia mengidam untuk membuat ubahsuai rumah.

Yang terbaharu, menerusi perkongsian di Instagram, pelakon itu menyatakan dia kini mengidam mahu memakai emas.

“Mengidam nak pakai emas. Dari sebelum dapat tahu pregnant, even kat rumah head to toe pakai barang kemas emas.

“Ni beberapa hari sebelum give birth ni, cepat-cepat lari kedai emas belikan emas untuk my baby girl and mummy dia. Lebih kepada mummy dia sebenarnya,” tulisnya.

Selain itu, pelakon berkenaan juga sempat berkongsi gambar dia sedang memilih barang kemas dia sebuah kedai emas. – KopiPlanet.com

The post Selepas Mengidam Ubahsuai Rumah, Mawar Rashid Kini Mengidam Pakai Emas appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.