Ads Top

Mengapa Perlu Berdoa Walaupun Tuhan Maha Mengetahui

Ada seorang anak kecil yang bertanya kepada ibunya kerana perasaannya yang ingin tahu tentang konsep doa – “Adakah kita perlu berdoa setiap kali selepas menunaikan solat? Bukankah tuhan itu telah mendengar”

Ibunya menjawab – “Bukankah dengan berdoa itu menunjukkan kita bersungguh-sungguh dengan permintaan tersebut?”

Tidak puas dengan jawapan tersebut, anak kcil itu bertanya lagi – “Tetapi, bukankah tuhan Maha Mengetahui walaupun kita tidak mengungkapkannya, tetapi Dia tetap tahu apa yang tersirat di hati setiap hambaNya?”

Ibunya menjawab dengan memberi perumpamaan – “Pukul 8 pagi adalah waktu untuk adik bersarapan. Itu adalah rutin adik, namun sebelum ke meja makan, adik tetap akan meminta sarapan dari ibu, bukan? Dan perbuatan inilah yang membuatkan hubungan kita semakin akrab, boleh bergelak ketawa serta mengajar adik untuk meminta dengan cara yang baik.

Begitulah kita dengan tuhan. Walaupun tuhan Maha Mengetahui akan sesuatu perkara, namun manusia diajar untuk berkomunikasi dan meminta dengan penuh hemat.

Ia bukan sahaja agar permohonan itu dimakbulkan, namun untuk menjadikan kita hamba yang lebih dekat kepada Allah serta mampu meletakkan pergantungan kepada tuhan dengan sepenuhnya.

Disebabkan itu, setiap kali selepas solat mahupun dalam apa jua situasi, berdoalah. Walaupun doa itu adalah yang sama dengan semalam, namun memintalah kepadaNya dengan penuh rendah hati kerana kuasa memberi itu ada padaNya.

Sebagaimana wasiat Rasulullah SAW kepada Muadz bin Jabal – “Janganlah engkau tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat, iaitu; Ya Allah, tolonglah aku untuk berzikir padaMu, bersyukur padaMu dan memperbaik ibdahku kepadaMu.” (HR Abu Daud, no. 1522)

The post Mengapa Perlu Berdoa Walaupun Tuhan Maha Mengetahui first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.