Ads Top

Kristen Stewart Luah Rasa Sedih Terhadap Puteri Diana

Bintang filem Twilight, Kristen Stewart sudah diketahui bakal memegang watak mendiang Puteri Diana dalam filem biopik berjudul Spencer dan banyak kajian telah dibuat olehnya untuk mendalami watak tersebut.

Ketika menjadi tetamu undangan dalam rancangan Jimmy Kimmel Live, Kristen sempat meluahkan rasa sedihnya terhadap puteri kesayangan rakyat tersebut.

“Saya masih sangat muda saat dia meninggal, saya tidak tahu apa yang terjadi. Sukar untuk tidak merasa protektif kepadanya. Mendiang masih sangat muda saat mengalami itu semua,” ujarnya.

Menurut pelakon itu lagi, filem Spencer lebih banyak mengulas tentang kehidupan Princess Of Wales itu dan bakal ditayangkan selana tiga hari.

Ujarnya, filem berkenaan juga tidak menceritakan kematian tragis puteri itu. Sebaliknya ia lebih fokus kepada hubungan dengan suami serta cinta yang dimiliki untuk kedua-dua anaknya iaitu Putera Charles dan Putera Harry. – KopiPlanet.com

The post Kristen Stewart Luah Rasa Sedih Terhadap Puteri Diana appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.