Ads Top

JAWI Perluas Kebenaran Akad Nikah Di Semua Masjid Kecuali Kawasan Zon Merah

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengumumkan pelangsungan majlis akad nikah diperluaskan di masjid-masjid kecuali yang berada di kawasan zon merah.

Perintah ini akan berkuat kuasa bermula 1 Disember 2020 dengan bertujuan memberi lebih banyak pilihan tempat akad nikah kepada pasangan sepanjang tempoh PKPB ini.

Langkah ini diambil susulan daripada data semasa yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Ia juga adalah untuk mengelak daripada berlakunya perhimpunan atau kehadiran orang ramai di sesebuah masjid pada satu-satu masa.

Sebelum ini, kebenaran majlis akad hanya boleh diadakan di premis dan kawasan yang ditetapkan sahaja, antaranya Pejabat Jawi Kuala Lumpur dan masjid-masjid yang ditetapkan.

Sumber:
JAWI

The post JAWI Perluas Kebenaran Akad Nikah Di Semua Masjid Kecuali Kawasan Zon Merah first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.