Ads Top

“Hensem & Cute Kita Tak Bagi Markah” – Ramli MS Jawab Komen Tentang Penyingkiran Yantzen

Saingan suku akhir Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan penyanyi Yantzen telah tersingkir apabila berada di kedudukan terakhir berbanding tujuh peserta lain.

Bagaimanapun, masih ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tentang penyingkiran berkenaan dan sehingga bertanya sendiri kepada salah seorang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS.

Menurut netizen berkenaan, dia menganggap bahawa Yantzen telah tersingkir memandangkan persembahan penyanyi itu bagus dan cute.

“Hensem & cute kita tak bagi markah. Warna suara & range pun kita tak bagi markah. Apa je god given (pemberian tuhan) kita tak bagi markah.

“Tapi tuhan bagi minda. Dalam suara kena ada intelek bila artis tu persembahkan karya mereka,” jawab Ramli MS di Instagram.

Selain itu, netizen yang sama juga turut bertanya kenapa beliau tidak banyak bercakap pada malam konsert tempoh hari. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Datuk Ramli MS

The post “Hensem & Cute Kita Tak Bagi Markah” – Ramli MS Jawab Komen Tentang Penyingkiran Yantzen appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.