Ads Top

#49 – Apa Yang Boleh Dilakukan Selepas Menunaikan Solat Maghrib

Antara Maghrib dan Isyak merupakan waktu yang pendek dan kebiasaannya, jika di masjid, ia akan dijadikan waktu untuk diisi dengan ceramah atau aktiviti keagamaan lain.

Ada juga yang memilih untuk berehat sambil membaca berita-berita semasa yang dilaporkan di media sosial sambil menunggu masuknya waktu Isyak. Malah, ada juga yang mengisinya dengan perkara-perkara berfaedah yang lain.

Namun, dalam masa kita masih diuji dengan pandemik, ditambah pula dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih dikuatkuasakan, pastinya ada di antara kita yang mempunyai waktu lengang atau ada juga yang merindui suasana masjid.

Jadi, apa kata isi waktu anda dengan beberapa perkara menarik dan ringkas ini.

#1 – Melakukan solat sunat – Anda boleh melakukan solat sunat dua rakaat seperti solat sunat taubat, hajat mahupun solat sunat ba’diyah (selepas) Maghrib.

#2 – Membaca Al-Quran – Baca sekurang-kurangnya satu helai Al-Quran setiap hari. Dengan itu, anda tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak membaca Al-Quran dalam sehari.

#3 – Mendengar ceramah secara atas talian – Banyak ceramah atau perkongsian menarik mengenai keagamaan yang disediakan. Tinggal pilih dan tonton sahaja dan pastikan penyampaiannya adalah berdasarkan yang sahih sumbernya.

Ia sedikit sebanyak boleh membantu menambahkan ilmu pengetahuan mengenai keagamaan.

#4 – Berzikir – Peruntukan masa untuk berzikir sama ada dengan memasangnya melalui aplikasi atau anda sendiri yang membacanya. Sambil-sambil berehat, anda boleh menambah pahala dengan melakukannya kerana ia adalah amalan yang paling mudah.

Kita sudah menghiasi aktiviti harian kita dengan pekerjaan yang dilakukan, jadi tidak salah untuk mengambil sedikit masa bagi memfokuskan terhadap ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

#Menuju2021
#PE1H

The post #49 - Apa Yang Boleh Dilakukan Selepas Menunaikan Solat Maghrib first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.