#48 – 3 Waktu Yang Boleh Diperuntukan Bersama Ahli Keluarga
Membina keluarga yang harmoni diibarat seperti membina sebuah rumah. Jika tiang rumah tersebut kukuh, maka kukuhlah rumah tersebut. Disebabkan itu, setiap ahli keluarga mempunyai peranannya masing-masing untuk mengukuhkan keharmonian keluarga.
Jika dilihat, ada banyak tips dan perkara asas yang dikongsikan oleh pakar-pakar rumah tangga seperti pakar motivasi dan juga dalam kalangan mereka yang telah melalui asam garamnya.
Namun, asas-asas ini tidak semuanya perlu diikuti. Jika tidak bersesuaian dengan keadaan keluarga, maka boleh digunakan cara lain. Yang paling penting, anda sendiri perlu kreatif.
Tetapi, untuk pelan kali ini, Tzkrh ingin berkongsi kepada anda 3 waktu yang sesuai dan boleh diperuntukan untuk ahli keluarga anda.
#1 – Waktu makan bersama-sama – Ajar ahli keluarga untuk makan bersama kerana pada waktu makan seharusnya juga boleh dijadikan waktu untuk bertukar-tukar cerita atau berkongsi masalah.
#2 – Waktu menonton televisyen – Jadikan ini sebagai waktu untuk bersantai bersama ahli keluarga. Pilih saluran atau tontonan yang ringan dan sesuai ditonton bersama.
Pada waktu inilah, masing-masing boleh mengenali ragam dan bergelak ketawa dengan ahli keluarga sekali gus boleh membantu mengurangkan tekanan.
#3 – Waktu solat berjemaah – Ini adalah rutin yang sepatutnya ditekankan. Tidak perlu menunaikan jemaah 5 kali sehari jika tidak mampu kerana pasti ada yang mengalami masalah masa yang tidak fleksibel.
Namun, boleh peruntukan satu waktu untuk solat bersama-sama. Ia adalah untuk membantu menguatkan rohani ahli keluarga.
3 waktu yang dicadang ini adalah waktu asas yang boleh diperuntukan bersama untuk membantu mengukuhkan hubungan kekeluargaan. Anda boleh pilih ia berdasarkan kesesuaian ahli keluarga anda.
#Menuju2021
#PE1H
The post #48 - 3 Waktu Yang Boleh Diperuntukan Bersama Ahli Keluarga first appeared on Tazkirah.
No comments: