#47 – Tips Pengurusan Tekanan Di Tempat Kerja
Stress adalah sebuah perkataan yang sangat popular di masa kini. Buka sahaja media sosial, pasti kita akan melihat terma ini digunakan oleh semua golongan sama ada muda atau tua.
Bukan itu sahaja, apabila diamati, semua golongan cenderung untuk menjadikan topik ini sebagai salah satu perkara utama dalam perbincangan.
Namun, yang lebih membimbangkan ialah apabila masalah tekanan ini lebih banyak dialami oleh golongan yang telah bekerja.
Ada sebuah artikel yang menyebut, lebih 40 juta orang di Eropah atau setidaknya 1 dari 3 orang pekerja mengalami tekanan di tempat kerja. Ia juga disebutkan sebagai antara masalah tertinggi yang dialami oleh golongan yang telah bekerja.
Antara punca yang biasanya berlaku ialah; konflik dengan teman sekerja atau dengan majikan, dibuli di tempat kerja, ketidakjelasan tugas yang diberikan serta ketidaknyamanan fizikal, seperti bunyi peralatan, mesin dan sebagainya.
Ada banyak lagi punca yang boleh memberi kesan kepada wujudnya tekanan di tempat kerja, itu boleh dinilai oleh anda sendiri.
Namun, bagaimana cara untuk menguruskan tekanan ini? Ini adalah beberapa tips yang dikongsikan oleh KKM Portal:
#1 – Komunikasi – Amalkan komunikasi dengan individu yang dirasakan mempunyai masalah dengan anda. Dengan itu, cuba selesaikan masalah tersebut dengan jalan yang terbaik kepada dua-dua pihak.
#2 – Rancang kerja dan masa – Kerja untuk hari ini perlu dirancang dengan baik agar tiada kerja yang tertinggal atau tidak sempat dilakukan. Ia sekali gus boleh mengelakkan daripada bertangguh.
#3 – Ketahui tahap kemampuan diri – Jika ada pekerjaan yang tidak sesuai dilakukan akibat kemampuan diri yang terbatas, cuba untuk selesaikan perkara itu dengan baik.
Sama ada meminta masa yang lebih daripada majikan anda atau perlahan-lahan ubah kelemahan itu dengan menguasainya.
#4 – Amalkan Teamwork – Bekerja secara berpasukan adalah lebih baik daripada secara individu. Jika anda mempunyai pasukan sendiri, bahagikan kerja tersebut dan jangan dilakukan secara sendirian.
#5 – Pastikan ada work-life balance – Seimbangkan kehidupan anda dengan kerja dan juga perkara peribadi. Tahu bila waktu yang perlu berehat dan juga kerja. Ia sekali gus boleh membantu memberi kesihatan fizikal untuk anda.
#6 – Kenal pasti sistem sokongan – Setiap dari kita pasti ada seseorang yang boleh menyokong mereka sama ada keluarga, pasangan mahupun rakan-rakan.
Jadi, cuba salurkan tekanan anda kepada mereka dengan meluahkannya agar masalah tersebut tidak terpendam di dalam kepala anda semata-mata.
Anggap tekanan sebagai salah satu cabaran yang perlu dilalui. Jangan memberatkan kepala anda dengan perkara-perkara tersebut, sebaliknya kawal ia agar tidak mempengaruhi kesihatan mental dan emosi anda.
#Menuju2021
#PE1H
Rujukan:
KKM Portal MyHealth
The post #47 - Tips Pengurusan Tekanan Di Tempat Kerja first appeared on Tazkirah.
No comments: