Pusat Beli Belah 1 Utama Di PJ Akan Ditutup Seminggu Berkuatkuasa 12 Oktober – Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa pusat membeli-belah 1 Utama akan ditutup selama tujuh hari bermula 12 Oktober.
“Hari ini sidang khas MKN juga mendengar pembentangan daripada pihak Kementerian Kesihatan dan telah bersetuju dengan cadangan untuk menutup operasi pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama ini selama tujuh hari bermula 12 Oktober 2020 bagi membolehkan proses saringan dilakukan terhadap semua pekerja dan pihak yang terlibat iaitu lebih kurang 800 orang.
“Proses sanitasi dan nyahkuman juga dilakukan di pusat membeli-belah tersebut,” katanya.
Pusat beli-belah 1Utama di Petaling Jaya akan ditutup selama seminggu berkuatkuasa 12 Okt – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/rkVxwTZVQD
— BERNAMA (@bernamadotcom) October 10, 2020
Sumber: Majlis Keselamatan Negara
The post Pusat Beli Belah 1 Utama Di PJ Akan Ditutup Seminggu Berkuatkuasa 12 Oktober – Ismail Sabri appeared first on Siakap Keli.
No comments: