Ads Top

Dr. Say Post Gambar Dengan Tokti, Ramai Cakap Nampak Baby Bump

Walaupun sudah beberapa telahan dibuat mengenai dirinya sedang hamil anak kedua, namun sehingga ke hari ini, penyanyi no.1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 41, masih belum tampil memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara tersebut.

Terbaharu, doktor popular yang juga seorang model komersil, Dr. Say Shazril ada berkongsikan satu foto ketika dia berkunjung ke kediaman Siti baru-baru ini.

Menerusi entri itu, kebanyakan pengikut Dr Say percaya Siti kini sedang hamil anak kedua selepas ternampak seakan ‘baby bump’ di badan penyanyi kesayangan ramai itu.

Siti sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk mendapatkan anak kedua sebelum usianya mencecah 43 tahun.

Pelantun Aku Bidadari Syurgamu itu juga baru-baru ini mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada sebarang aktiviti seni namun tidak mendedahkan sebab kenapa beliau berbuat demikian.

Siti berkahwin dengan usahawan, Datuk Seri Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan setelah 12 tahun penantian, pasangan itu dikurniakan anak perempuan, Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun. – KopiPlanet.com

The post Dr. Say Post Gambar Dengan Tokti, Ramai Cakap Nampak Baby Bump appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.