Ads Top

Blackpink Tak Berniat Sensualkan Kerjaya Jururawat Dalam MV Lovesick Girls

Setelah menerima kecaman menerusi muzik video lagu terbaharu Blackpink berjudul Lovesick Girls, pihak pengurusan kumpulan itu, YG Entertainment tampil mempertahankan perkara tersebut.

Rata-rata menyatakan kemarahan mereka terhadap imej Jennie yang membawakan watak seorang jururawat berpakaian ketat beserta kasut tumit tinggi merah seolah mensensualkan kerjaya tersebut.

“Pertama sekali kami ingin menzahirkan rasa hormat kami terhadap semua jururawat yang mana merupakan satu pekerjaan mulia yang sentiasa mendahulukan pesakit mereka.

“Kami ingin jelaskan, bahawa imej jururawat yang dijayakan itu bagi menggambarkan bait lirik ‘No doctor could help when I’m lovesick’ (Doktor pun tak mampu menyembuhkan saya bila saya mabuk cinta).

“Kami berharap penonton dapat melihat perkara ini daripada sudut kebebasan seni dan kami rasa bersyukur sekiranya anda faham yang kami cuba paparkan adalah untuk menunjukkan makna lirik lagu itu sahaja, memang tiada sebarang niat lain.

“Walau bagaimanapun, kami mengambil kira pandangan anda dan pihak produksi muzik video sekarang dalam pertimbangan untuk edit semula babak yang diperkatakan itu,” kata kenyataan media YG Entertainment. – KopiPlanet.com

The post Blackpink Tak Berniat Sensualkan Kerjaya Jururawat Dalam MV Lovesick Girls appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.