Ads Top

Terpisah Dengan Anak-Anak Beri Kesan Kepada Aliff Aziz

Baru-baru ini pelakon dan penyanyi Aliff Aziz berkongsi sebuah video di Instagram miliknya yang dihantar oleh isterinya, Bella Astillah sehingga mengundang rasa hiba dalam kalangan netizen.

Menerusi video berkenaan, anak sulungnya iaitu Ayden menangis sambil meminta mahu pergi ke Singapura untuk bertemu dengannya yang kini terpaksa berpisah kerana Covid-19.

“Isteri baru sahaja menghantar video dan perkara itu amat memilukan buat diri saya. Saya terpisah dengan anak-anak dan ia telah memberi kesan terhadapnya.

“Perkara ini telah memberi kesedaran kepada saya untuk memperbetulkan kehidupan. Pandemik Covid-19 ini memberi kesan yang amat besar buat saya,” tulisnya.

Aliff Aziz memuat naik sebuah video yang dihantar oleh isterinya, Bella Astillah sehingga mengundang rasa hiba netizen.

Terkesan dengan video itu, Aliff juga sempat membuat satu status permohonan maaf terhadap kesilapannya yang memberi kesan kepada anak-anak dan isterinya

Ujarnya, dia perlu memperbaiki diri supaya kesilapan dan kesalahannya memberi kesan kepada anak-anak dan orang yang disayanginya.

Jelas Aliff, dia tidak malu untuk mengaku yang dia sering gagal dalam mengawal kehidupannya.

“Ya, memang saya mempunyai banyak kelemahan, tetapi itulah dugaan buat manusia dan saya sudah belajar banyak perkara.

“Apa yang berlaku telah mengajar betapa berat akibatnya kepada keluarga dan orang yang disayangi akibat tindakan saya yang tidak berakal,” ujarnya.

Katanya lagi, dia turut meminta maaf kerana gagal menjadi ayah yang baik tetapi dia dalam fasa untuk memperbetulkan dirinya. – KopiPlanet.com

The post Terpisah Dengan Anak-Anak Beri Kesan Kepada Aliff Aziz appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.