Ads Top

#28 – Muat Turun Aplikasi Amalan Harian Muslim Untuk Bantu Checklist Ibadah Anda

Pelan Efisien 100 Hari

Dalam usaha kita untuk sentiasa menjadi orang baru setiap hari, pasti kita memerlukan semangat dan dorongan daripada sekeliling.

Ia bukan sahaja boleh datang daripada ahli keluarga atau sahabat terdekat tetapi juga daripada pelbagai bentuk yang boleh mendorong anda untuk menjadi hamba yang terbaik.

Dan salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan sepenuhnya teknologi yang ada untuk membantu anda.

Apabila diamati, kita berada pada zaman yang teknologi dan maklumat boleh diakses di hujung jari. Itu adalah sama dengan dorongan juga. Anda boleh mendapatkannya melalui teknologi dan aplikasi-aplikasi yang disediakan.

Salah satu aplikasi yang boleh digunakan ialah Amalan Harian Muslim yang akan menjadikan gaya hidup dan ibadah anda sentiasa berada dalam nafas baru setiap hari.

Apa yang ada pada aplikasi ini dan bagaimana ia boleh membantu anda? Melaluinya, anda boleh checklist amalan harian anda sebagai seorang muslim bermula daripada amalan wajib dan sunnah daripada anda bangun tidur sehingga kembali untuk tidur.

Ia membekalkan kalendar Masihi dan Hijri, amalan yang boleh dilakukan dan dibahagikan mengikut waktu, checklist aktiviti harian anda agar jika ada yang tertinggal, ia boleh di top-up semula, dalil-dalil amalan yang dibekalkan dan juga jam penggera untuk mengingatkan anda tentang waktu yang sesuai untuk melakukan amalan.

Aplikasi ini juga mudah untuk diakses dan digunakan kerana reka bentuk yang mudah. Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.

Aplikasi seperti ini boleh membantu anda untuk menjadi lebih bersemangat dalam melakukan ibadah harian.

Pautan muat turun: Amalan Harian Muslim

#Menuju2021
#PE1H

The post #28 - Muat Turun Aplikasi Amalan Harian Muslim Untuk Bantu Checklist Ibadah Anda first appeared on Tazkirah.




No comments:

Powered by Blogger.