Ads Top

Tiada Lagi Aksi Keletah Ayam Jantan, Hairul Azreen Tersingkir TMSM

Setelah empat minggu membuat tekaan salah, akhirnya minggu lalu, barisan juri The Masked Singer Malaysia (TMSM) berjaya meneka dengan betul siapa selebriti di sebalik topeng Ayam Jantan.

Maskot Ayam Jantan yang disarungkan pelakon Hairul Azreen diumumkan tersingkir selepas mendapat kedudukan tiga terbawah menerusi persembahannya yang mendendangkan lagu Cinta Dewa Dewi nyanyian asal kumpulan Spider.

Menurut Hairul, dia tidak menyangka kostum yang dipakainya itu boleh menjadi kesukaan ramai terutamanya di kalangan kanak-kanak.

“Penat saya naikkan nama Jerung Paskal. Tapi sekarang Ayam Jantan yang melekat. Tapi okay la saya tiada masalah pun,” katanya.

TMSM yang berlangsung pada hari Jumaat dari Royal Theater Shah Alam menyaksikan 12 selebriti membuat persembahan yang dinilai 100 peratus oleh juri-juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah.

Setiap minggu, hanya kemahiran vokal dan sisi kreativiti yang dipertaruhkan kerana kesemua peserta mengenakan kostum daripada kepala hingga ke kaki.

Kini, tinggal tujuh sahaja lagi selebriti di sebalik topeng yang masih meneruskan saingan iaitu Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Reno, Rafflesia dan Bunga Raya yang akan berentap demi gelaran juara pertama The Masked Singer Malaysia.

Selain Hairul, empat selebriti yang telah tersingkir ialah Zain Ruffedge (Musing King), Yana Samsudin (ABC), Ebby Saiful (Rimau) dan Datuk Mirnawan Nawawi (Nasi Lemak).

TMSM disiarkan di saluran Astro Warna (127) dan Warna HD (107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Program itu dihoskan pengacara terkenal, Datuk AC Mizal. – KopiPlanet.com

The post Tiada Lagi Aksi Keletah Ayam Jantan, Hairul Azreen Tersingkir TMSM appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.