(Video) Stor Simpan Fail Hospital Kuala Lumpur Terbakar Pagi Tadi
Stor menyimpan fail di tingkat empat Hospital Kuala Lumpur terbakar malam tadi, sehingga menyebabkan beberapa pesakit terpaksa dipindahkan ke kawasan lapang.
Komander Operasi Kanan PBK II, Hamzah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 11.07 malam dan bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, serta pasukan forensik dengan kekuatan lapan anggota.
“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan stor yang menyimpan fail berkeluasan 8×12 kaki persegi.
“Kemusnahan dianggarkan 10 peratus namun tidak melibatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal kira-kira 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati beberapa pesakit dipindahkan ke kawasan lapang bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.
Sehingga jam 1.10 pagi ini, pesakit sudah kembali ke wad masing-masing, selepas pasukan bomba dan penyelamat selesai menjalankan siasatan di lokasi kejadian. – Bernama
Beberapa orang pesakit terpaksa ditempatkan di kawasan lapang selepas sebuah bilik stor menyimpan fail di salah sebuah wad di tingkat 4 Hospital Kuala Lumpur terbakar kira-kira 11 malam tadi. pic.twitter.com/hu4oC3FeXF
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 19, 2020
Sebuah jentera dengan kekuatan 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa dikejarkan ke lokasi kejadian. pic.twitter.com/S0UjUZDmSU
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 19, 2020
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Semua pesakit di tempatkan di kawasan selamat. pic.twitter.com/JcWBYq5bBQ
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 19, 2020
Keadaan stor fail yang terbakar di tingkat 4 salah sebuah wad di Hospital Kuala Lumpur malam tadi.
Berita lanjut menyusul pic.twitter.com/oSLmP9Z0Vn
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 19, 2020
The post (Video) Stor Simpan Fail Hospital Kuala Lumpur Terbakar Pagi Tadi appeared first on Siakap Keli.
No comments: