Ads Top

Filem Jebat Lebih Romantik, Papar Lebih Banyak Konflik

Populariti drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) yang ditayangkan di Astro Mustika tujuh tahun lalu telah melonjakkan nama pasangan hero dan heroinnya, iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose.

Menggembalikan kegemilangan dramat tersebut, penerbitnya, Pena Creative Pictures kini tampil dengan naskhah kesinambungan menerusi filem Jebat.

Jebat bakal menjengah pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai Khamis ini (3 September).

Penerbit Eksekutif Jebat dan merangkap Ketua Pena Creative Pictures, Dato’ Ziela Jalil berkata, “Saya rasa sungguh teruja untuk persembahkan filem terbitan pertama Pena Creative Pictures yang akan menemui penonton mulai 3 September ini.”

“Menariknya, Jebat melibatkan kerjasama oleh tenaga-tenaga produksi yang hebat seperti Pengarah Fotografi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-28, Haris Hue Abdullah dan Editor Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27, Muhamad Adilan Azemi serta pelakon-pelakon yang berbakat besar seperti Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose (Pemenang Hero & Heroin Drama Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2015) serta Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy. Saya harap kehadiran filem ini dapat mengubati rindu peminat pada BKATC serta watak Jebat dan Mastura,” katanya.

Kisah Jebat bermula apabila Jebat dan Mastura menghabiskan masa bersama di luar negara sempena hadiah berbulan madu mereka. Tetapi, telah berlaku beberapa kejadian yang tidak disangka danmembuatkan Jebat mula risau. Dia yakin ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik tiba di Malaysia, mereka masih diekori. Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gangster yang telah lama dia tinggalkan dan mendapati ada pihak yang ingin membunuhnya.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.