Ads Top

“What’s Wrong With Doktor Berlakon?” – Dr. Say Shazril

Berkecimpung dalam dunia lakonan pastinya suatu pengalaman yang baharu buat mereka yang berkerjaya, misalya buat seorang doktor.

Itulah yang cuba dikongsikan oleh seorang doktor iaitu Dr. Muhammad Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Say Syazril yang membintangi drama Kebaya Kansut Kanvas yang kini suda ditayangkan di TV3.

“Salah satu sebab saya tolak tawaran berlakon selain kerisauan bini adalah saya memikirkan impression others terhadap saya. Yelah ‘belajar tinggi2 tuptap end up berlakon. Apo cito?’.

“At least itu apa yang parents saya bisingkan bila saya cerita hasrat saya nak berlakon. Tapi bila fikir balik ‘why not?’ & ‘what’s wrong with doktor berlakon?’. Apa pendapat korang? Korang rasa doktor tak patut atau tak sesuai ke menceburi bidang lain?,” tulisnya di Instagram miliknya.

> Baca: Lepas Mira Filzah Dikecam, Ernie Zakri Risau Nak Buat Tema Bollywood?

Bagaimanapun, doktor yang popular sebagai pengacara rancangan Tanya Doktor dan My Doctors itu menyatakan ia merupakan satu pengalaman yang baik buat dirinya.

“Apa-apa pun it was a good 1st experience for me. Bersyukur sesangat ditemukan dengan production house yg sporting & well organized yakni Orange Tree.

“Tak dilupakan juga barisan pelakon veteran yg banyak berkongsi tips dengan saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Dr. Say Syazril

The post “What’s Wrong With Doktor Berlakon?” – Dr. Say Shazril appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.