Ads Top

Usia 19 Tahun, Masya Masyitah Mampu Beli Rumah RM300,000 Secara Tunai

Ketika usianya baru sahaja mencecah 19 tahun, penyanyi Masya Masyitah mendedahkan dia kini sudah berhasil pembeli rumah berharga RM300,000 secara tunai.

Membeli sebuah rumah jenis kondominium, pemilik nama sebenar Siti Nur Masyitah Yusoff ini menyatakan ia menggunakan wang simpanan yang diperolehi hasil wang kemenangan dalam pertandingan nyanyian yang disertainya.

“Kalau boleh saya memang tidak suka untuk berhutang kerana perlu bayar bunga (faedah). Jadi, lebih baik saya beli sahaja rumah secara tunai.

“Duit yang digunakan pula adalah hasil simpanan sejak kecil menerusi hadiah wang pertandingan. Apabila menang, wang tersebut akan saya simpan dalam ASB,” jelasnya.

> Baca: Bidadari Kiriman Tuhan Cabar Mira Filzah Berlakon Watak Lembam

Penyanyi berkenaan ditemui sewaktu sidang media kempen ‘Malaysiaku, Kita Selamat Bersama’ sempena sambutan Hari Kemerdekaan di TPC Kuala Lumpur semalam.

Jelasnya, pada kebiasaannya wang kemenangan yang akan diperoleh adalah sekitar dalam RM5,000 bagi satu-satu pertandingan yang disertainya.

“Untuk program pertandingan nyanyian di televisyen pula, lagi tinggi jumlah kemenangan iaitu sehingga RM20,000,” katanya yang merupakan juara program realiti, Ceria Popstar pada 2014.

Ujarnya, dia berasa puas kerana kini berjaya memiliki rumah dan kenderaan sendiri hasil wang daripada penglibatannya dalam dunia nyanyian.

“Bagaimanapun, sewaktu hendak membeli kereta, ibu nasihatkan supaya tidak membayar secara tunai. Kalau ikutkan hati memang nak beli tunai sahaja.

“Ibu beritahu yang dia bimbang kalau saya nanti mungkin nak tukar kereta kemudian hari,” jelasnya. – KopiPlanet.com

The post Usia 19 Tahun, Masya Masyitah Mampu Beli Rumah RM300,000 Secara Tunai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.