Ads Top

Scha Elinnea Dedah Setiap Minggu Dapat Gambar-Gambar Lucah

Pelakon Scha Elinnea merupakan antara artis yang kini semakin menjadi tumpuan ramai kerana sering tampil seksi di Instagram sehingga kerap mendapat komen-komen negatif netizen.

Tidak terlalu cepat melatah terhadap setiap komen yang dilemparkan, Scha menyatakan dia tetap selesa dengan penampilannya sekarang.

“Buat apa saya nak control berpenampilan disebabkan orang lain. Kalau saya nak tutup pun biarlah ikhlas dari dalam diri sendiri.

“Bagaimanapun, ia tidaklah bermakna saya akan sentiasa berpakaian seksi. Kalau saya ke pantai dan memakai bikini, maka bikinilah gambar saya,” jelasnya.

Scha berkata demikian ketika ditemui semasa majlis memperkenalkan secara rasmi selebriti yang bernaung di bawah syarikat Absolut Management baru-baru ini.

> Baca: Di Sebalik Kontroversi Curang, Shuk Bersyukur Rumah Tangga Masih Utuh

Gara-gara sering memuat naik gambar-gambar seksi di Instagram, pelakon berkenaan tidak menafikan setiap minggu mendapat gambar-gambar lucah daripada lelaki single dan suami orang.

“Selain mendapat gambar-gambar lucah, ada juga segelintir lelaki yang sudah berkahwin ajak saya keluar. Ada yang saya balas dan cakap serta nasihat baik-baik.

“Saya sendiri pun jenis tidak kisah dengan komen-komen yang dilemparkan, asalkan buat hal sendiri dan tak kacau orang lain. Kalau banyak sangat komen negatif, saya tutup sahaja ruangan komen,” jelasnya.

Mengenai penerimaan keluarga tentang penampilannya yang selalu seksi, Scha menjelaskan ahli keluarganya lebih bersikap terbuka.

“Keluarga pun tidak kisah dan ibu saya sendiri memang follow saya di media sosial. Asalkan saya tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga,” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Scha Elinnea Dedah Setiap Minggu Dapat Gambar-Gambar Lucah appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.