Ads Top

Rita Rudaini Ingatkan Bekas Suami Lufya Jangan Lupa Bayar Nafkah Anak

Kisah penceraian di antara Lufya Omar dan bekas suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom sebelum ini menerima perhatian meluas daripada pihak media dan umum.

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini menerusi ruangan komen di salah satu entri Instagram Lufya meninggalkan peringatan kepada bekas suami Lufya agar jangan culas untuk membayar nafkah anak tunggal hasil perkongsian hidupnya bersama Lufya iaitu Laana Haura, 3.

Saat bahagia Lufya bersama bekas suami, Dr. Che Hafiz.

Menurut Rita, hidup di zaman serba canggih ini pelbagai medium boleh digunakan untuk menyalurkan nafkah buat anak-anak, seperti ‘bank in’.

“Dah ada bank account sendiri dah ka Haura? Lagi senang la Daddy Haura nak bagi duit kat Haura. Hidup di zaman canggih moden ini macam-macam cara dan cabang nak bagi nafkah kat anak. Nak bagi dengan tak bagi je. Tapi jangan la berdrama kata bagi sebenarnya HADOOOO (tidak bagi),” tulis aktres itu.

Menurut Rita lagi, walaupun sudah berpisah, tanggungjawab sebagai seorang bapa perlu dijalankan dengan sebaiknya agar masa depan anak-anak tidak terabai.

“Tanggungjawab sebagai bapak tidak perlu pergi bayar masuk kolej belajar. Kalau rasa diri itu manusia, jadilah sebagai seorang manusia. Kalau tidak reti tanggungjawab, jangan jadi manusia. Tukarlah jadi tapir ke, tenuk ke, khinzir ka,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan pada 2008 namun bercerai pada 2013.
Hasil perkahwinan, Rita mempunyai dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 11, dan Airit Qaqa Arjuna, 9. – KopiPlanet.com

No comments:

Powered by Blogger.