Ads Top

Miliki Ijazah Undang-Undang, Nadiyah Shahab Praktikkan Untuk Bantu Syarikat Suami

Pada awal Januari lalu, pelakon Nadiyah Shahab bergelar graduan dalam bidang undang-undang dari Universiti Of Londons, Singapura setelah berjaya menamatkan pengajian.

Dengan kelulusan yang ada membolehkannya untuk bergelar seorang peguam atau bekerja dalam bidang undang-undang dengan syarikat lain, pelakon kelahiran Kota Singa itu tetap mahu meneruskan karier dalam bidang seni dan membantu syarikat pengurusan artis milik suaminya, Ben Ali iaitu Absolut Talents & Management.

“Dengan kelulusan yang ada ini, mungkin ia tidak dipraktikkan untuk bekerja dengan syarikat lain. Sebaliknya, saya gunakan ilmu yang ada itu untuk membantu perjalanan syarikat milik suami.

“Misalnya, untuk kontrak-kontrak antara syarikat dan artis atau agensi, saya yang akan buat draf. Jadi, syarikat tidak memerlukan peguam dari luar kerana saya sendiri boleh melakukannnya sendiri,” jelasnya.

Nadiyah berkata demikian ketika ditemui semasa majlis memperkenalkan secara rasmi selebriti yang bernaung di bawah syarikat Absolut Management pada hari ini.

Antara selebriti berkenaan seperti Ikmal Amry, Oktovia Manrose, Scha Elinnea, Nabil Aqil, Najla Shamsul, Harris Annuar, Aisar Khaleed, Nurin Afiqah, Yasmine Ow dan Nadiyah sendiri.

> Baca: “What’s Wrong With Doktor Berlakon?” – Dr. Say Shazril

Dalam pada itu, pelakon berkenaan juga tidak dapat menyembunyikan kerinduannya terhadap keluarga di Singapura lantaran pintu sempadan kedua-dua negara yang masih belum dibuka secara rasmi.

“Sebelum ini, setiap bulan pasti saya akan pulang ke Singapura, tetapi kini sudah hampir sembilan bulan saya tak dapat bertemu ahli keluarga.

“Adakalanya akan ada perasaan lonely sebab berjauhan dengan ibu bapa. Memang saya terlalu rindukan mereka dan setiap minggu saya akan buat FaceTime (panggilan video),” ujarnya. – KopiPlanet.com

The post Miliki Ijazah Undang-Undang, Nadiyah Shahab Praktikkan Untuk Bantu Syarikat Suami appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.