Kegagalan Itu Apabila Seseorang Berhenti Berusaha
Setiap orang pasti mempunyai impian dan cita-cita. Sama ada untuk menjadi kaya dan berjaya, untuk menjadi seorang usahawan yang dihormati dan juga untuk menjadi inspirasi orang lain agar turut berjaya.
Dalam usaha untuk menggapai impian tersebut, pastinya anda akan meletakkan usaha dan strategi yang rapi agar impian itu boleh digapai.
Namun, tidak semua perancangan berjalan mengikut apa yang kita tetapkan. Ada juga sesetengah dari kita yang tidak berjaya menggapai impian yang telah ditetapkan.
Tetapi, itu bukanlah bermaksud kegagalan kerana manusia itu gagal apabila dia berhenti mencuba dan berusaha. Jadi, selagi mana seseorang itu bangkit daripada setiap kejatuhan, maka itu tidak dikira sebagai kegagalan.
Namun, sebelum bangun daripada setiap kejatuhan, pastinya akan ada fasa yang seseorang itu akan mengalami perasaan kecewa yang teramat sangat dan seolah-olah dunia ini sudah berakhir.
Yang paling penting ialah anda perlu percaya bahawa Allah menguji kegagalan itu untuk anda lebih belajar akan erti kekuatan dan lebih bergerak ke hadapan dengan pengalaman tersebut. Bukankah pengalaman itu mematangkan seseorang.
Jangan berhenti berdoa kepada Allah kerana Allah itu Maha Mendengar dan Menguasai akan tiap-tiap sesuatu.
ادْعُونِÙŠ Ø£َسْتَجِبْ Ù„َÙƒُÙ…ْ
Mafhum: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.” (Surah Ghafir, 40:60)
Selagi anda berusaha dan terus melangkah daripada episod kegagalan itu, maka anda bukan seorang yang gagal. Usaha dan doa itu merupakan aspek penting untuk anda melangkah menjadi orang yang berjaya.
No comments: