Ads Top

Ajai, Dayang Nurfaizah Ganti Siti Nurhaliza Jadi Juri Big Stage 2020

Komposer Ajai dan penyanyi Dayang Nurfaizah diumumkan sebagai juri tetap program nyanyian Big Stage 2020, menggantikan peranan juri terdahulu, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain Ajai dan Dayang, Faizal Tahir turut menggalas peranan yang sama sebagai juri tetap program tersebut yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al-Hadad.

Pengumuman itu dibuat ketika majlis sidang media peserta Big Stage 2020 yang berlangsung di The Nicksman, The Starling Mall, Damansara Utama hari ini.

“Mulanya saya agak gementar dan bertanya pada diri sendiri, boleh ke saya buat.

“Tapi saya sahut cabaran ini dan mahu ingin berkongsi dengan penyanyi BBNU ini tentang selok-belok industri seni tanahair,” kata Dayang kepada KopiPlanet.com.

Big Stage 2020 mempertaruhkan 12 peserta yang mendapat jolokan Budak Baru Nak Up (BBNU) iaitu lapan peserta lelaki, Usop, 23, Qody, 26, Hafiz Zainal, 28, Azzam Sham, 23, Fadh Majid, 27, Amir Hasan, 24, dan anak Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah, 19.

Empat peserta perempuan iaitu Nana Sheme, 25, Hanie Soraya, 26, Sandra Dianne, 26, dan Farisha Iris, 23.

Big Stage 2020 turut memperlihatkan pembaharuan apabila memasukkan slot Presiden Netizen yang akan diadili oleh Neelofa, Michael Ang dan Caprice.

Juara Big Stage akan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi manakala tempat kedua dan ketiga meraih RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Big Stage 2020 akan bersiaran langsung bermula 16 Ogos ini dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia akan disiarkan menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Untuk rekod, dua musim Big Stage terdahulu telah menobatkan Sarah Suhairi dan penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul selaku juara. – KopiPlanet.com

The post Ajai, Dayang Nurfaizah Ganti Siti Nurhaliza Jadi Juri Big Stage 2020 appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.