(Video) Detik Pejalan Kaki ‘Ditelan’ Tanah Mendap Di China
Chongqing, 30 Julai – Dua individu berhadapan detik cemas apabila terperosok ke dalam runtuhan pejalan kaki dipercayai berpunca akibat mendapan tanah.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedua-dua mangsa sedang berjalan di atas laluan tersebut ketika secara tiba-tiba, binaan itu runtuh.
Walaubagaimanapun, jantina kedua-dua mangsa tidak diketahui.
Lapor Metro UK, mangsa dilaporkan selamat setelah dibantu pasukan bomba dan dihantar ke hospital.
Media tempatan China melaporkan jalan tersebut telah ditutup bagi kerja-kerja pembaikan.
Menurut media tempatan lagi, kemalangan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang menimpa China selama berminggu-minggu meliputi bandar Chongqing di barat daya ke Shanghai.
Sumber: Metro UK
The post (Video) Detik Pejalan Kaki ‘Ditelan’ Tanah Mendap Di China appeared first on Siakap Keli.
No comments: