Ads Top

Pergi Mahkamah Syariah Disalah Tafsir, Izreen Tak Terkilan Dikatakan Bercerai

Pelakon Izreen Azminda Aznam, 35, mengakui dia tidak berasa terkilan apabila ada sesetengah pihak mendakwa perkahwinannya dilanda masalah susulan kehadirannya ke mahkamah syariah baru-baru ini.

Menurut Izreen, dia berharap masyarakat di luar sana lebih celik pengetahuan bahawa kunjungan ke mahkamah syariah bukan sahaja bertujuan untuk bercerai, sebaliknya pelbagai urusan lain boleh juga dilaksanakan di sana.

“Saya sebenarnya tak terkilan (orang tuduh rumah tangga bergolak) sebab benda itu tidak betul. Sebaliknya, saya hanya bayar denda. Kalau benda itu betul (bercerai), mungkin saya diam dan tidak akan beri komen. Ini saya dah lantang beri komen, maksudnya benda itu tak betullah.

“Netizen kena belajar lebih lagi, orang pergi mahkamah syariah bukan sebab untuk bercerai sahaja. Ada yang pergi sana atas tuntutan perkara lain seperti urusan harta dan macam-macam lagi.

“Saya dah berada di tahap dah redha dan ‘immune’ dengan kritikan yang dilemparkan masyarakat kepada saya. Semua saya boleh hadapi dan saya langsung tidak ada masalah anxiety atau kemurungan (disebabkan komen-komen negatif netizen).

“Saya pun dah lama buka semula komen-komen di laman sosial, yang mana komen menjijikkan memang saya terus padam. Sampai sekarang pun orang masih beri perhatian pada saya (di sebalik segala kontroversi),” katanya kepada KopiPlanet.com

> Baca: Individu Dedah Shuk Sahar Ada Hubungan Dengan Wanita Lain?

Izreen ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan kulit, Ali Zahra Madeena yang berlangsung di Hotel Grand Milleneum, Kuala Lumpur semalam.

Izreen sebelum ini menjelaskan kehadirannya dan suami, Ude Wahid di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur baru-baru ini adalah untuk menyelesaikan urusan denda yang dikenakan mahkamah kerana berpoligami tanpa kebenaran pada awal pernikahan mereka ketika Ude masih lagi menjadi suami kepada Intan Liana Saleh.

Pelakon kelahiran Kedah itu berkahwin dengan Ude atau nama sebenarnya, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 32, pada 8 Ogos 2017 secara rahsia yang mana ketika itu Ude masih lagi bergelar suami kepada Intan Liana.

Ude yang merupakan pemuzik profesional kemudiannya menceraikan isteri pertamanya selepas lima tahun hidup bersama. Ude dan Intan mempunyai dua anak iaitu Arish Muqri, 5, dan Ariq Muqri, 3.

Izreen pernah berkahwin dengan jurukamera, Muhammad Riza Baharuddin pada 2012 namun bercerai dua tahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Adrian Umar yang kini berusia tujuh tahun.

Sementara itu, hasil perkahwinan Izreen dan Ude pula, mereka mempunyai seorang anak lelaki Aaron Ibrahim yang kini menginjak usia satu tahun. – KopiPlanet.com

The post Pergi Mahkamah Syariah Disalah Tafsir, Izreen Tak Terkilan Dikatakan Bercerai appeared first on KopiPlanet.com.




No comments:

Powered by Blogger.