Pengguna “Smartphone” HUAWEI Bakal Nikmati 4 Faedah Ini, Siap Dapat “Cashback” Lagi
Telefon bimbit boleh diibaratkan seperti ‘nyawa’ kepada sesetengah orang. Tanpa telefon bimbit, mungkin ada yang tidak boleh ‘hidup’ dan waktu-waktu yang berlalu pasti terasa murung kan?
Dengan telefon bimbit, korang dapat buat macam-macam. Lagi best, bila telefon bimbit korang beli datang dengan satu guideline, atau manual book macam mana nak guna telefon bimbit korang tu sepenuhnya.
Berita baik untuk semua pengguna peranti HUAWEI atau jika korang adalah salah seorang daripada pengguna HUAWEI P40 Series, Nova 7 dan Nova 7 SE. Kami kongsikan 4 faedah yang korang kena tahu untuk pengalaman yang lebih mengujakan ketika menggunakan telefon bimbit HUAWEI dan tawaran-tawaran lumayan yang menanti.
1. Ruang storan sehingga 2TB, dan ia adalah percuma!
Pengguna model-model HUAWEI yang kami sebutkan di atas boleh menikmati ruang storan atau HUAWEI Cloud Storage sebesar 50GB, 200GB atau sehingga 2,048GB secara percuma selama SATU BULAN, bagi tempoh di antara 1 Julai hingga 31 Disember 2020, tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk menebus ruang storan percuma ini, ikut saja langkah-langkah dibawah:
Langkah 1: Pilih ‘Upgrade Storage’
Langkah 2: Pilih saiz storan yang korang mahu (50GB/200GB/2,048GB)
Langkah 3: Tekan ‘Buy’ > Pilih ‘Next’
Langkah 4: Pilih ‘Add your bank card’ dan isi maklumat-maklumat bank korang
Langkah 5: Tekan ‘Confirm’ dan saiz storan HUAWEI korang berjaya ditambah
2. HUAWEI nak bagi VIP Membership selama 3 BULAN untuk semua penggunanya!
Bagi korang yang kaki movie ataupun kaki drama, VIP Membership selama 3 bulan, tertakluk kepada terma dan syarat, adalah hadiah yang korang nanti-nantikan daripada HUAWEI.
Semua penggunanya akan menikmati akses VIP kepada TVB, Mango TV, Viu dan Dimsum. Woww!
3. Dengan HUAWEI, korang boleh tambah ilmu dengan lebih 300 video pembelajaran!
Ya, dengan HUAWEI, korang bukan setakat berhibur kosong tetapi boleh tambah pengetahuan dengan pelbagai topik-topik menarik yang ditawarkan di HUAWEI Academy.
HUAWEI Academy menampilkan 20 orang pakar seperti Goh Liu Ying, Peter Davis, Sangeeta, Syed Adni yang sedia mencurahkan ilmu dalam bidang masing-masing.
Kalau korang nak tahu, semua expert ini disediakan untuk membantu mengembang kebolehan, mengasah bakat dan menguasai bidang yang korang minati sama ada bidang akademik atau sukan seperti badminton, mixed-martial art, futsal dan berbasikal.
4. HUAWEI AppGallery, gedung aplikasi dengan pelbagai aplikasi sedia untuk korang muat turun dan enjoy!
Bukan setakat aplikasi-aplikasi yang biasa rakyat Malaysia macam korang selalu guna, malah ada ratusan bahkan ribuan lagi aplikas-aplikasi yang awesome tersedia untuk korang muat turun dari HUAWEI AppGallery.
Paling best, semasa korang guna aplikasi-aplikasi yang disediakan di HUAWEI AppGallery, korang juga boleh tambah ‘duit poket’ apabila banyak aplikasi yang menawarkan cashback.
Terbaru, aplikasi Penang Smart Parking yang menawarkan cashback sebanyak RM 5 kepada 10,000 pengguna pertama yang memuat turun aplikasi tersebut daripada HUAWEI AppGallery.
Korang cuma kena ikut langkah-langkah dibawah untuk menuntut cashback, tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat.
Langkah 1: Pasang aplikasi Penang Smart Parking dengan mencari aplikasi ini di Petal Search Widget.
Langkah 2: Kemudian buka HUAWEI AppGallery dan pilih ‘Gift’.
Langkah 3: Pilih ‘Claim’ dan tekan ‘Copy’.
Langkah 4: Lancarkan app ini dan pilih ‘Reload > Redeem Voucher’.
Langkah 5: Masukkan kod yang disalin tadi kemudian tekan ‘Ok’.
Setel, RM 5 menjadi milik korang. Mudah je kan.
Itu je ke?
Tak, ada banyak lagi yang HUAWEI tawarkan kali ini, istimewa untuk korang. Ini 3 tips macam mana korang nak level up pengalaman menggunakan telefon bimbit HUAWEI semaksimum yang mungkin.
Tips 1: Cara muat turun aplikasi digemari dengan lebih pantas, selamat dan mudah.
Sebenarnya, ada cara yang lagi pantas, lagi mudah dan selamat untuk korang muat turun apa-apa aplikasi pada telefon bimbit HUAWEI. Ikut je langkah-langkah yang kami kongsi dekat bawah.
Langkah 1: Buka Petal Search App
Langkah 2: Cari aplikasi yang korang nak.
Langkah 3: Muat turun aplikasi tersebut.
Mudah je kan. Lagi satu, korang juga boleh muat turun aplikasi-aplikasi yang korang suka tanpa perlu membuka Petal Search App, hanya sekadar memasang Petal Search Widget pada Home Screen, kemudian tekan ‘Go’ pada aplikasi yang korang mahu muat turun dan walahhhh, sedia terpasang dengan satu klik sahaja.
Malah, korang juga boleh mengemaskini aplikasi dengan mudah di Petal Search Widget. Cuma buka Petal Search Widget dan pilih ‘Me’, kemudian pilih ‘Download‘ dan tekan ‘Update‘. Apa yang korang perlu buat cuma tekan mana-mana aplikasi untuk dikemaskini.
TIPS 2: Cara nak connect semula dengan mobile game melalui Google ID akaun pada telefon lama korang dengan telefon bimbit HUAWEI.
Korang mesti risau kan takut tak boleh connect dengan semua mobile game dalam telefon bimbit lama korang apabila bertukar kepada telefon bimbit HUAWEI.
Tak perlu takut, korang sebenarnya boleh log masuk mobile game korang dengan HUAWEI dan semua progress yang ada langsung tak terjejas.
Apa yang korang kena buat cuma perlu menyelaraskan mobile game dengan akaun facebook atau akaun rasmi mobile game pada telefon bimbit lama korang. Kemudian, muat turun mobile game tersebut pada telefon bimbit HUAWEI korang dan log masuk menggunakan akaun facebook atau akaun rasmi mobile game korang.
TIPS 3: Cara nak pindah backup file dari WhatsApp/Wechat dalam telefon bimbit lama ke telefon bimbit HUAWEI yang baru.
Korang mesti ada chat yang korang sayang nak padam, lebih-lebih lagi kalau chat dari orang tersayang. Tapi benda ni selalu terjadi bila korang tukar kepada telefon bimbit baru.
Dengan HUAWEI Cloud, semua tu dah tak jadi satu masalah lagi. Kami kongsikan cara-cara nak backup semua ‘kenangan’ korang bila bertukar ke telefon bimbit HUAWEI yang baru.
Langkah 1: Di telefon bimbit lama, pergi ke Setting > HUAWEI Account > Cloud.
Langkah 2: Kemudian pilih Cloud Backup > Backup Option > App Data.
Langkah 3: Di App Data, beri kebenaran akses kepada aplikasi WhatsApp dan Wechat.
Langkah 4: Kembali ke Cloud Backup dan pilih Backup.
Langkah 5: Tunggu sehingga Backup selesai.
Langkah 6: Di telefon baru, pergi ke Setting > HUAWEI Account > Cloud.
Langkah 7: Kemudian buka Cloud Backup dan pilih Restore Data.
Langkah 8: Semak senarai Backup dan pilih Backup terbaru.
Langkah 9: Pilih App Data > WhatsApp/Wechat > Tekan Ok.
Langkah 10: Pilih Restore pada notifikasi yang timbul di ruang notifikasi dan tunggu sehingga Restore selesai.
Mudah je kan. Tak perlu risau semua chat lama terpadam bila bertukar ke telefon bimbit HUAWEI yang terbaru. Korang boleh pergi ke HUAWEI Shop untuk mendapatkan model-model terkini daripada HUAWEI.
HUAWEI P40
Boleh dibeli disini.
HUAWEI P40 Pro
Boleh dibeli disini.
HUAWEI P40 Pro Plus
Boleh dibeli disini.
Nova 7
Boleh dibeli disini.
Nova 7se
Boleh dibeli disini.
Korang juga menikmati tawaran Best Pair 5G Device disini dengan dengan RM 22.73 sehari, tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan facebook HUAWEI Malaysia.
The post Pengguna “Smartphone” HUAWEI Bakal Nikmati 4 Faedah Ini, Siap Dapat “Cashback” Lagi appeared first on Siakap Keli.
No comments: